a big wElcOme!

thAnks fOr visiting~

Wednesday, June 22, 2011

KURSUS PENGADIL

Pada 10 & 11 Jun 2011 yang lalu, Kelab Sara telah menghantar 3 orang wakil untuk mengikuti kursus dan ujian pengadil yang telah diadakan di tempat latihan Persatuan Taekwondo Negeri Kelantan anjuran Persatuan Taekwondo Negeri Kelantan sendiri...namun yang demikian, kursus tersebut telah dikendalikan oleh Master John Henry, wakil daripada Taekwondo Malaysia (TM/WTF)...

Wakil daripada Kelab Sara tersebut ialah Ong Yong Yeik, Faathrio Hudaya bin Zulfin dan Wan Nur Asilah bt Wan Mohd Rais...Ong Yong Yeik telah mengambil ujian bagi pengadil 'national level' manakala Faathrio dan Asilah pula bagi pengadil 'state level'...selain Kelab Sara, pihak ATM juga telah menghantar wakil mereka untuk mengikuti kursus tersebut...

Kursus tersebut mengandungi 3 bahagian...bagi bahagian pertama, para peserta kursus telah diajar tentang isyarat tangan dan undang-undang baru ketika pertandingan...pada bahagian yang kedua, para peserta kursus telah menduduki ujian bagi menguji mereka tentang undang-undang ketika pertandingan...bagi bahagian ketiga iaitu bahagian yang terakhir, mereka telah dinilai dengan mengendalikan situasi pertandingan seperti pertandingan yang sebenar...

Kursus tersebut telah tamat lebih pukul 3.00 petang dan ianya telah berjalan lancar...semoga wakil daripada Kelab Sara mendapat manfaat daripada kursus tersebut dan menjadi pengadil yang telus dan jujur (yg ni main angin tp dari hati yg tulus~ ^_^)

p/s: harap maaf...gambar tiada~ :)

"WE ARE THE FIRST BEST CLUB IN KELANTAN!!!"

Sunday, May 2, 2010

4TH UNIVERSAL MOO DUK KWAN TAEKWONDO ACADEMY NATIONAL CHAMPIONSHIP 2010


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..!!
Pada 1 Mei 2010, Kelab Sara Taekwondo Kelantan telah menghantar seramai 40 orang peserta bagi kejohanan Peringkat Kebangsaan, Moo Duk Kwan National Taekwondo Championship..! Kontigen diiringi oleh Master Manimaran selaku head instructor dan head coach, Sir Aly selaku Team Coach dan En. Danis Savari selaku Team Manager. Turut memberi sokongan ialah Pn.Rajesvari iaitu Bendahari Kelab Sara. Selain itu, Pihak kelab juga berbangga untuk menghantar Sir Azran dan En Yong Yeik selaku Referee dari Kelab Sara bagi kejohanan yang diadakan di Stadium Badminton Kuala Lumpur.

Keputusan kejohanan : 11 Emas 2 Perak 8 gangsa




Beberapa imbasan sepanjang perjalanan team SARA.
pAgi sEbelum Berangkat ke Stadium Badminton Kuala Lumpur.
Suasana Stadium sebelum Pertandingan.
Master Manimaran dan Team.
Team Manager, En. Danis Savari.

Menunggu keputusan Keseluruhan diumumkan.

Dari Kiri --> Sir Azran (referee), Master Manimaran (head instructor), Sir Aly(team coach..!), En. Yong Yeik (referee)


Alhamdulillah Kontigen SARA TAEKWONDO selamat kembali ke perkarangan Kalab Sara Taekwondo Kelantan pada lebih kurang 7.30 pagi, 2 MEI 2010.. Tahniah diucapkan kepada TEAM SARA kerana telah berjaya meraih tempat Kedua bagi Kejohanan Moo Duk Kwan Kali ke-4 ini. Tahniah juga buat para pemenang dan bagi yang tidak berjaya, Peluang sentiasa ada untuk meningkatkan prestasi diri..! Bagi sesiapa yang ada gAmbar2 semasa kejohanan, sila emailkan gambar2 anda ke sara_martialarts@hotmail.com / hanarues@yahoo.com atau thundernme@hotmail.com . Segala kerjasama amatlah dihargai ^_^..

" WE ARE NOT THE FIRST BUT WE ARE THE BEST..~ "

~terima kasih~

Thursday, April 29, 2010

Moo Duk Kwan National Taekwondo Championship..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..!

Satu Kejohanan peringkat kebangsaan akan dianjurkan pada 1 Mei 2010 ini bertempat di Stadium Badminton Cheras.. Esok, Team sara akan bertolak ke Kuala Lumpur denGan membawa nama Negeri Kelantan ke persada Kebangsaan.. sehubungan dengan itu , Pihak Kelab mendoakan yang terbaik untuk Team Sara dan Kepada Master Manimaran serta Sir Aly . SemOga dengan insentif t-shirt yang direka khas untuk tOurnament ini menaikkan lagi semangat para peserta kelab SARA untuk meraih kejayaan..!

VIVA FOR EVER for SARA TEAM..!!

Saturday, April 3, 2010

Another Successful Tournament For Sara team!


Salam sejahtera, salam 1 MALAYSIA!
Maaf atas kelewatan meng'update' blog kami..
Baru-baru ini, kelab SARA Taekwondo Kelantan telah menghantar 1 pasukan ke satu kejohanan yang diadakan di Pulau Pinang..

KEJOHANAN : KEJOHANAN TAEKWONDO REMAJA JEMPUTAN RAKAN WAJADIRI 2010

TARIKH : 27 & 28 MAC 2010

TEMPAT : KOMPLEKS SILAT NEGERI PULAU PINANG, BATU UBAN

ANJURAN : ULTIMATE TAEKWONDO CLUB & MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG


Seramai lebih kurang 54 peserta kelab SARA taekwondo telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Ada di kalangan peserta yang baru menimba pengalaman dan ada yang sudah berpengalaman. Namun, setiap kejohanan itu memberi satu pengalaman baru buat semua.

Sekalung tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah bertungkus-lumus mempamerkan aksi terbaik sepanjang kejohanan dan penghargaan kepada Master Manimaran, Pengurus pasukan, En. Danis dan pengiring pasukan Pn Rajeswari serta En. Hafiz yang sentiasa memberi sokongan kepada para peserta.

KEPUTUSAN :

PINGAT EMAS : 17
PINGAT PERAK : 10
PINGAT GANGSA : 7

Tahniah buat kelab SARA kerana sekali lagi berjaya menjadi JUARA KESELURUHAN kejohanan dan mengharumkan nama SARA di arena kebangsaan..! Pihak kelab SARA taekwondo sekali mengucapkan tahniah kepada pihak yang terlibat sebelum semasa mahupun selepas kejohanan . Kami juga berharap untuk melihat lebih banyak kejayaan yang bakal dicapai oleh para peserta pada masa akan datang..




" WE ARE NOT THE FIRST, BUT WE ARE THE BEST!"
Mohon Maaf atas gambar yang kurang jelas.. sila lawati fotopages SARA dari masa ke masa untuk gambar terkini.. (akan datang)

Friday, January 22, 2010

SARA TKD ON NEWS

KOTA BHARU – Kelab Sara TAekwando Martial Art Negeri Kelantan menetapkan matlamat dan sasaran untuk meraih lebih banyak kejayaan sepanjang 2010 ini.

Pengerusinya, Manimaran A/L Sugomaran berkata, matlamat Kelab Sara pada tahun ini ialah menyertai lebih banyak kejohanan sama ada di peringkat tempatan (negeri), kebangsaan dan antarabangsa.

”Kelab Sara Tekwando akan memenuhi setiap jemputan menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh persatuan lain sebagai medan untuk melahirkan lebih banyak jaguh taekwando.

“Kelab kami bukan sekadar ingin menyertai kejohanan, tetapi menjadikan kejohanan itu sebagai pencabar utama dalam setiap acara yang disertai untuk memenangi pingat,” katanya.

Menurutnya, tahun 2009 adalah tahun cemerlang untuk Kelab Sara Taekwando.

“Apa yang dicapai tahun lepas diharap dapat dipertahankan bahkan dipertingkatkan lagi.

“Antara kejayaan yang dicapai kelab tersebut pada tahun lepas ialah menjadi johan keseluruhan Kejohanan Jemputan Kelantan Kali Kedua anjuran Kelantan Speed Power Taekwando Martial Art Club (Speed Power Tekwando) setelah berjaya menggondol 15 emas, 10 perak dan 20 gangsa,” katanya.

Manimaran yang juga ketua jurulatih kelab tersebut berkata, kejayaan lain yang dicapai kelab pada tahun lalu ialah berjaya membawa pulang enam emas, tujuh perak dan 13 gangsa di Kejohanan Kali Kedua Jemputan Speed Power Taekwando Johor Bharu 2009 dan dinobatkan sebagai naib johan keseluruhan.

“Selain itu, di Kejohanan Taekwando Remaja Rakan Wajadiri 2009 Keempat Pulau Pinang pula, sebanyak 16 pingat emas, empat perak dan lima gangsa berjaya diraih di samping gelaran sebagai juara keseluruhan.

“Manakala lima emas, tiga perak dan lima gangsa pula dimenangi dalam Kejohanan Taekwando Kejuaraan Selatan Thai Kali Ke-12 yang berlangsung di Kompleks Sukan Charok Nakhon Tengah, Hatyai, Wilayah Songkla, Thailand,” katanya.

Beliau berkata, Kelab Sara Taekwando turut menyertai beberapa kejohanan lain dan berjaya mencapai kejayaan yang sekali gus meletakkan kelab ini antara yang paling berjaya melahirkan jaguh taekwando di Kelantan.

Menurutnya, Kelab Sara Taekwando kini berusaha untuk melahirkan ahli sukan taekwando yang dapat bersaing di peringkat antarabangsa.
 
Copyright © 2010 ... | Design : Noyod.Com